Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. Langkah kedua adalah mendapatkan info yang boleh membantu kita menjaga kesihatan diri dan juga keluarga. Sukar untuk kita menjaga kesihatan diri dan keluarga jika kita tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Tubuh kita sering terdedah kepada serangan luar dan dalam, yang boleh memberi kesan kepada kesihatan kita. Bagaimana tubuh kita mempertahankan diri dari serangan tersebut? Apa yang tubuh perlukan untuk sentiasa sihat dan cergas? Melalui laman ini kami komited untuk membawa kepada anda info kesihatan yang boleh membantu anda dalam penjagaan kesihatan. Dari masa ke semasa kami akan membawa pelbagai info kesihatan yang relevan dan terkini.
PERINGATAN: Info kesihatan yang dipaparkan di dalam laman web ini adalah bertujuan untuk pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan sebagai nasihat mengenai diagnosis, perubatan atau rawatan penyakit. Sekiranya anda memerlukan nasihat mengenai penyakit dan perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.
DARAH TINGGI
Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah kondisi kronis di mana tekanan darah pada dinding arteri (pembuluh darah bersih) meningkat. Kondisi ini dikenal sebagai “pembunuh diam-diam” kerana jarang memiliki gejala yang jelas. Satu-satunya cara mengetahui apakah Anda memiliki hipertensi adalah dengan mengukur tekanan darah.
KENCING MANIS (DIABETES)
Diabetis ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin dikeluarkan tidak berkesan. la mengakibatkan paras glukosa dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi yang senus. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam pangkreas. la mengekalkan glukosa dalam darah pada paras normal dengan membantu mengeluarkan glukosa dari edaran darah memasuki sel badan. Akibat dari kandungan insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan di kalangan pesakit diabetis, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel badan dan ia kekal di dalam darah menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat.
SAKIT JANTUNG
Setiap individu atau keluarga sentiasa inginkan suasana ceria dan sihat dari segi fizikal, mental dan sosial. Namun, semasa kita berada dalam keadaan riang gembira, sesuatu yang tidak terduga boleh berlaku secara tiba-tiba. Sakit jantung boleh terjadi pada bila-bila masa walau di mana anda berada. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan. Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol. Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung. Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah pesakit akan berasa sesak nafas, berdebar, letih lesu, berpeluh dingin, rasa pitam, dan pengsan. Apakah faktor-faktor yang memungkinkan sakit jantung? Merokok menambah kemungkinan anda mengalami sakit jantung sebanyak tiga hingga enam kali. Di antara kesan asap rokok ialah pertama, pembekuan darah. Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah dan ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.