Cara penggunaan

Peredaran darah tidak lancar adalah satu faktor menyebabkan kesihatan kurang baik. Mesin TTU adalah satu alat berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan getaran dan peredaran (high frequency vibrating and circulating principles). Dengan menggunakan mesin TTU ini dapat melancarkan peredaran darah di dalam saluran darah dengan lebih berkesan.

 

Setelah beberapa ketika menaiki mesin TTU dengan kelajuan yang sesuai (dicadangkan kelajuan 10 adalah terbaik) beberapa tindakbalas akan berlaku seperti berikut:
1. Rasa Menyucuk-menyucuk Di Tapak Kaki
Rasa seperti tusukkan tajam adalah tindakbalas akibat salur darah (urat) pada organ badan tertentu tersumbat dan tidak lancar.
2. Rasa Gatal (Mengenyam)
Rasa gatal mengenyam di tapak kaki, atas kaki dan betis adalah tindakbalas pengnyahan toksin daripada salur darah.
3. Berpeluh
Anggota badan berpeluh sebaik sahaja berdiri di atas mesin TTU menandakan tindakbalas penghapusan lemak daripada salur darah.

Terapi secara berterusan disamping minum air yang mencukupi akan membuang lemak, toksin dan kolestrol dalam salur darah seterusnya melancarkan perjalanan darah keseluruh badan.

 

PERHATIAN

1. Gunakan mesin TTU 1-2 kali setiap hari (pagi dan petang).
2. Selepas memutuskan bekalan kuasa elektrik, jangan tinggalkan mesin serta-merta tetapi berdiri di atasnya selama 30 saat.
3. Sila minum air sebelum dan selepas menggunakan mesin. Ini boleh memberi kesan yang lebih baik.
4. Guna mesin sebelum makan atau satu jam selepas makan.
5. Pesakit patah tulang kaki/tangan atau berkeluli, jangan tekan dengan kaki/tangan berkenaan.

6. Pesakit dengan luka belum sembuh dan yang baru menjalankan pembedahan, sila jangan menggunakannya untuk sementara waktu.
7. Nasihat kepada pesakit darah tinggi, penyakit jantung serius, strok, penyakit hati. Pada mulanya, tempoh masa menggunakan mesin mesti disingkatkan. Kemudian menyesuaikan mengikut keperluan dan keadaan pesakit.
8. Jangan berdiri di atas mesin jika berat badan anda lebih daripada 150kg.
9. Sila letak mesin di atas lantai yang kukuh dan rata. Jauhkan dari tempat yang bersuhu tinggi dan lembab.
10. Jika terasa sakit, gunakan kelajuan yang rendah dan masa yang singkat. Jika kesakitan berterusan, sila berhenti untuk sementara waktu.
11. Jangan gunakan mesin pada bahagian tubuh yang sama melebihi setengah jam.
12. Jangan gunakan mesin secara berterusan melebihi 2 jam.

Disarankan agar menggunakan browser Chrome atau IExplorer bagi paparan video yang sempurna.