MANUSIA mungkin boleh hidup tanpa makanan selama 15 hari dan tanpa air lebih tujuh hari, namun tubuh tidak akan mampu bertahan tanpa oksigen lebih daripada beberapa minit. Oksigen merupakan nutrien paling penting yang diperlukan pada setiap saat yang mana 80 peratus nutrien di dalam otak manusia adalah oksigen. Oksigen yang bersih dan kuantiti yang banyak serta segar sangat diperlukan oleh otak.
Menyedari kepentingan menghirup oksigen yang bersih tanpa sebarang elemen pencemaran, KEKUBA memperkenalkan kepada orang ramai Mesin Terapi Oksigen KEKUBA yang sangat bermanfaat untuk meningkatkan taraf kesihatan. Menghirup oksigen dengan kapasiti yang tinggi merupakan satu-satunya rawatan yang dikenalpasti dalam bidang perubatan bagi menghadapi pencemaran masa kini. Kaedah Terapi Oksigen KEKUBA adalah selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan negatif dan memberi 30 peratus oksigen bersih dan segar untuk paru-paru yang keletihan kerana memproses udara yang tercemar. Dengan menghirup 30 peratus oksigen selama beberapa hari, seseorang itu akan dapat merasai perubahan pada dirinya. Antara kebaikan Mesin Terapi Oksigen KEKUBA ialah menghilangkan rasa penat daripada bekerja atau selepas bersenam, meningkatkan konsentrasi terutama kepada pelajar dan pemandu jarak jauh, menghilangkan rasa pening-pening dan membuatkan tubuh berasa segar semula.
• Memperbaiki peredaran darah.
• Badan dengan cepat memulihkan tenaga dan mengurangkan keletihan.
• Tingkatkan tahap penumpuan dan kecekapan kerja.
• Merangsang sel-sel otak dan mengurangkan tekanan jantung.
• Mengurangkan lemak badan dengan meningkatkan metabolisme.
• Meningkatkan sistem imun tubuh badan.
• Meningkatkan kualiti tidur.
Voltan: AC 230V Wattage: 50W | Output Preasure: <100 Kpa | Size: 302 * 168 * 325 mm | Berat: 6.1 KG | PSA
Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kesihatan, KEKUBA telah memperkenalkan produk Mesin Terapi Oksigen untuk digunapakai oleh mereka yang mengalami MASALAH PERNAFASAN, KEKURANGAN OKSIGEN, ASTHMA, PARU-PARU KRONIK, SEMPUT, JANTUNG, KANSER dan sebagainya. Ramai pengguna telah mendapat kesan yang memberangsangkan dan seterusnya dapat mengembalikan kesihatan yang diimpikan serta membantu mempercepatkan proses penyembuhan penyakit yang dialami.